Tuesday, September 25, 2007
Lalu kami berkata kepada baginda: "Duhai Rasulullah, nasihat ini bagaikan seseorang yang ingin mengucapkan selamat tinggal. Lantaran itu berilah kami suatu wasiat". Maka baginda s.a.w. bersabda: "Aku berwasiat kepada kamu agar sentiasa bertakwa kepada Allah Azzawajalla serta teguh menurut perintah dan taat, walaupun orang yang memerintahkan kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya orang yang masih hidup di kalanganmu nanti akan menyaksikan perselisihan yang banyak. Maka ketika itu hendaklah kamu berpegang-teguh kepada jalanku dan jalan para Khulafa Ar-Rasyidin yang beroleh petunjuk (dari Allah), gigitlah ia dengan gerahammu. Awaslah daripada perkara-perkara yang diada-adakan. Sesungguhnya setiap bidaah itu menyesatkan". (Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi).
"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara hati kamu, maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka, lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu. Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya." Ali-Imran Ayat 103
"Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan, kerana jalan-jalan mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa." Al-An'am Ayat 153
Name Listed at;
x 10:54 PM